|
Poni (putih) & Kuda mini (hitam)
|
Pendek dan mudah alami obesiti. Macam kanak2 zaman makanan segera sekarang ni. Pemberian makanan berlebihan, kurang meragut dan latihan merupakan antara faktor penyebab kegemukan dikalangan 'Minis'. Berat badan ideal kuda mini adalah 5/9 mengikut skala Henneke (Henneke Body Condition
Scale).Ia disaran mengambil rumput kering kira2 1.5% daripada berat badan, sehari. Purata berat kuda mini adalah 120kg, maka lebih kurang 2kg rumput kering sehari sudah memadai.
|
Skala berat badan Henneke |
Walaubagaimanapun, keperluan ini berubah mengikut aktiviti dan status fisiologi kuda tersebut. Kuda mini yang sedang menyusu, yang membuat persembahan memerlukan foraj kira2 3% daripada berat badannya. Konsentrat hanya perlu diberi pada kuda semasa musin mengawan, untuk kuda yang menjalani latihan dan pertunjukan. Keperluan vitamin, mineral dan protein adalah sama seperti kuda biasa, tetapi rumput yang rendah kandungan bukan struktur karbohidrat adalah lebih disarankan kerana kuda mini lebih mudah mengalami masalah kegemukan berbanding kuda biasa. Apabila tenaga tidak cukup untuk keperluan metabolik contohnya ketika
bunting berat, menyusu, tertekan, sakit @ kurang selera makan lebih daripada 24 jam, k
uda mini, keldai dan poni menggunakan simpanan lemak pada badan mereka, dihantar ke hati untuk ditukar kepada glukosa. Keadaan ini menyebabkan hyperlipemia dimana lipid meningkat dalam darah dan sel hati digenangi lemak (hepatic lipidosis) dan akhirnya menyebabkan kegagalan hati (liver failure). Kegemukan akan membuatkan krisis tenaga ini menjadi lebih teruk.
Tanda
klinikal seperti kurang selera makan, kelesuan, dan kemudiannya ataxia,
kesakitan abdomen, tremors, cirit-birit, jaundice, sawan dan kematian.Terapi insulin, glukosa secara intravena dan nutrisi yang baik perlu untuk mengawal keadaan ini. Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Hampir 70% kes hyperlipidemia berakhir dengan kematian walaupun rawatan secara agresif telah diberi.
|
'fatty liver'
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan