Isnin, 18 Februari 2013

Pengurusan Anak Kambing (Baru lahir hingga 2 minggu)




Bagi penternak yang baru, ia mungkin situasi yang agak tegang, maka anda dinasihatkan bertenang .....kemudian

  • Periksa anak yang baru lahir
  • Periksa ibu yang baru melahirkan

Apa yang patut diperiksa pada ANAK BARU LAHIR,



  1. Periksa tali pusat
  • Jika terlalu panjang potong agar tidak meleret hingga mencecah lantai (Tapi jangan terlalu dekat dengan pusat).
  • Bersihkan tali pusat dengan air yang mengalir
  • Celup tali pusat povidone iodine aka ubat kuning untuk nyahkuman
  • (Pastikan larutan povidone iodine itu sampai ke pusat bukan hanya hujung tali pusat!)

    2.Periksa kuku kaki
    3.Periksa anus (dubur)

    • Pastikan ternakan tidak cacat.
    • (Ketiadaan anus dikenal sebagai atresia ani, ia jarang berlaku)

    4.Periksa mulut 
  • Ternakan yang bermulut sumbing biasanya berprestasi rendah (Kenalpasti induk yang melahirkan anak dengan kecacatan ini & singkirkan)
  5. Periksa gigi susu
  • Anak betina gigi susunya telah keluar dari gusi sepenuhnya (complete eruption from gum)
  • Anak jantan, hanya separuh gigi susunya  keluar dari gusi (partial eruption from gum)
  • Anak yang pramatang ,tiada gigi susu, perlu perhatian yang lebih

 6.Periksa sucking reflex dengan meletakkan jari ke dalam mulut kambing tersebut.Anak kambing pramatang kurang sucking reflex, maka bantuan dari penternak diperlukan untuk memastikan anak pramatang mendapat kolostrum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan