Jumaat, 5 April 2013

Boer...apa yang istimewanya kamu?


Kambing dari Afrika Selatan ni sangat popular masa  mantan PM Malaysia ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara.  Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24 Dis. 2010 melaporkan 'Projek Kambing Boer Nasional' bernilai RM 50 juta sedang dibangunkan di Pondok Tanjung, Perak melibatkan SBBC Corp. Sdn.Bhd, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Projek dibawah RMK-9 ini berkeluasan 770 hektar (Bernama melaporkan 1200 hektar) dan dijangka , menampung 9000 ekor kambing Boer dengan 23 kandang kambing serta mempunyai infrastruktur asas ladang iaitu padang ragut dan jalan ladang. Kerajaan yakin ia mampu membekal daging dan baka kambing boer terbaik. Dua tahun sebelumnya, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan penggunaan teknologi pembiakan paling canggih di dunia membabitkan pakar dari Persatuan Penternak Kambing Boer Afrika Selatan akan dodilaksanakan di Pusat Embrio Haiwan Nasional (NAEC) di Stesen Mardi. Selaras dengan fungsi NAEC sebagai pusat penyimpanan gen, ova, sperma dan embrio ternakan untuk keperluan negara. Tahun yang sama, Advanced Reproductive Biotechnology (ARB)  yang diurus oleh Marditech Corporation Sdn. Bhd mengiklankan pencarian peserta Program Ladang Pengganda Kambing Boer menerusi laman sesawangnya arbmardi.blogspotcom.  Boer yang bermaksud peladang dalam bahasa Belanda mempunyai badan berwarna putih dengan warna perang kecoklatan pada leher dan sebahagian kepala termasuk telinganya yang terjuntai. Warna putih pada dahi dan sepanjang kawasan hidung hingga bukaan hidung.   Kadar pertumbuhan yang pantas iaitu sekitar 8 kg sebulan menghasilkan pejantan seberat 110-135 kg dan induk betina 90-100kg merupakan antara faktor popularitimya meningkat dikalangan usahawan tani. Kawasan seluas 10 ekar mampu memuatkan 60 ekor kambing.Kalau bela lembu, kawasan yang sama cukup untuk 10 ekor je. Selain itu, tempoh bunting yang lebih pendek serta kadar kelahiran kembar yang tinggi membolehkan penggandaan jumlah ternakan yang lebih cepat berbanding lembu. Tambahan pula, harga pasaran daging kambing sangat menarik.

Selasa, 12 Mac 2013

Program Kawalan Cacing untuk Kambing




 


Bulu kusut-masai, lemah, pucat. Periksa bila kali terakhir program nyahcacing....memang tak bagi ubat cacing setengah tahun dah.  Kambing ni diternak secara semi intensif, pukul 8 pagi dah turun dari kandang. Kebanyakan ternakan menunjukkan tanda klinikal yang sama. Kenapa kambing sensitif pada cacing? bebiri saya nampak ok jer? Bela dalam kawasan yang sama, makanan lebih kurang sama? Alahaiiiii........sabar jelah melayan, bagus la kira ada inisiatif nak tahu, tapi macam pertikai kredibiliti orang yang ditanya pulak. Pertama-tamanya tuan2 puan2 yang menternak sekelian, tak kira le kambing @ bebiri memang berisiko dapat masalah kecacingan ni. Cuma Allah ta'ala jadikan asalnye si kambing memagut (kepala dongak, makan pucuk2 daun) bukan meragut (kepala tunduk, makan rumput).  Maka secara alaminya, sistem pertahanan badan bebiri direka lebih tahan serangan cacing berbanding kambing.  Satu kes lagi, saya dah bagi sebulan lepas, kena bagi lagi ke? Umur berapa boleh bagi ubat nyahcacing?Berapa banyak nak bagi? Jawapan mudah, baca label sebelum guna. Fullstop.
TAPI sebenarnya kawalan kecacingan lebih dari itu.  Amalan perladangan yang baik dengan mengamalkan kaedah pusingan ragutan yang betul dapat mengawal kecacingan dan meminimumkan pergantungan kepada ubat nyahcacing. Selain itu, dah tau kambing memagut, sediakanlah serba sedikit pohonan untuk 'browsing', anak2 kambing lepas cerai susu janganlah letak dalam kawasan yang  cacingnya bertimbun kan? Lepas tu, rumput ragutan hendaklah lebih daripada 10 cm & janganlah paksa kambing2 tu turun awal sangat. Biar embun dah mulai kering, masa tu larva cacing pun dah tak tahan nak duduk menanti atas bilah2 daun, baru keluarkan kambing2 tuan2. Pemakanan berkhasiat juga penting sebab kalau tak cukup gizi apa penyakit pon mudah kena pada ternakan. Kemudian baru cerita pasal ubat nyahcacing. Sebelum bagi ubat, lebih baik ambil sampel tinja dan hantar ke JPV terdekat untuk tentukan jenis cacing yang ada pada ternakan anda. Kan ada ubat nyahcacing untuk basmi semua jenis cacing? Biasala...kita ni memang suka apa sahaja yang all in one kan? MUDAH tapi boleh membawa PADAH.  Kesan jangka panjang tabiat kita ini boleh membawa kepada kerentanan (resistant)terhadap ubat nyahcacing tersebut, bahasa mudahnya ubat tu hilang keberkesanannya. Jadi, ambil sampel tinja, kenalpasti cacing, pilih ubatan yang sesuai (bincang dengan doktor veterinar anda), puasakan ternakan 24 jam sebelum didos, pastikan dos ubat mengikut berat ternakan. dan follow up keberkesanan ubat cacing tersebut dengan persampelan tinja kali kedua 2 minggu setelah rawatan. Asing dan rawat ternakan yang menyemai cacing ditanah ragutan anda. Bagaimana untuk kenalpasti ternakan tersebut? Ambil persampelan tinja secara berkala!

Sabtu, 9 Mac 2013

Gemuk Memang tak bagus!


Poni  (putih) & Kuda mini (hitam)

Pendek dan mudah alami obesiti. Macam kanak2 zaman makanan segera sekarang ni.  Pemberian makanan berlebihan, kurang meragut dan latihan merupakan antara faktor penyebab kegemukan dikalangan 'Minis'. Berat badan ideal kuda mini adalah 5/9 mengikut skala Henneke (Henneke Body Condition Scale).Ia disaran mengambil rumput kering kira2 1.5% daripada berat badan, sehari. Purata berat kuda mini adalah 120kg, maka lebih kurang 2kg rumput kering sehari sudah memadai.  



Skala berat badan Henneke

 
Walaubagaimanapun, keperluan ini berubah mengikut aktiviti dan status fisiologi kuda tersebut.  Kuda mini yang sedang menyusu, yang membuat persembahan memerlukan foraj kira2 3% daripada berat badannya. Konsentrat hanya perlu diberi pada kuda semasa musin mengawan, untuk kuda yang menjalani latihan dan pertunjukan.  Keperluan vitamin, mineral dan protein adalah sama seperti kuda biasa, tetapi rumput yang rendah kandungan bukan struktur karbohidrat adalah lebih disarankan kerana kuda mini lebih mudah mengalami masalah kegemukan berbanding kuda biasa.  Apabila tenaga tidak cukup untuk keperluan metabolik contohnya ketika bunting berat, menyusu, tertekan, sakit @ kurang selera makan lebih daripada 24 jam, kuda mini, keldai dan poni menggunakan simpanan lemak pada badan mereka, dihantar ke hati untuk ditukar kepada glukosa. Keadaan ini menyebabkan hyperlipemia dimana lipid meningkat dalam darah dan sel hati digenangi lemak (hepatic lipidosis) dan akhirnya menyebabkan kegagalan hati (liver failure). Kegemukan  akan membuatkan krisis tenaga ini menjadi lebih teruk. 

Tanda klinikal seperti kurang selera makan, kelesuan, dan kemudiannya ataxia, kesakitan abdomen, tremors, cirit-birit, jaundice, sawan dan kematian.Terapi insulin, glukosa secara intravena dan nutrisi yang baik perlu untuk mengawal keadaan ini. Mencegah adalah lebih baik dari merawat. Hampir 70% kes hyperlipidemia berakhir dengan kematian walaupun rawatan secara agresif telah diberi.  

'fatty liver'

Khamis, 7 Mac 2013

Walabi , wallaroo & kanggaru


Kanggaru yang merupakan maskot tidak rasmi Australia tergolong dalam keluarga macropodidae. 
Secara umumnya, macropod yang bersaiz lebih kecil daripada kanggaru dipanggil walabi manakala wallaroo adalah yang terkecil.

Anak walabi berusia lebih kurang 2 minggu

Selasa, 5 Mac 2013

Mari Mengenal 'Miniature Horse'

Istilah kuda (horse) pada umumnya digunakan untuk kuda berketinggian lebih daripada 147 cm. Pony menggambarkan kuda berketinggian kurang dari itu, manakala kuda dibawah 97 cm tinggi dipanggil miniature.  Ia mempunyai corak warna yang pelbagai.Moyangnya adalah poni baka Shetland yang telah dibiak untuk menghasilkan baka kuda mini. Antara komplikasi pembiakbakaan kuda mini adalah 'dwarfism'. Kuda tersebut bukan sahaja bersaiz kecil daripada biasa tetapi mempunyai konformasi tulang belakang, kaki atau rahang mulut yang tidak diingini. Kesannya, kuda mini tersebut tidak dapat berdiri, bergerak secara normal.  kecacatan ini biasanya hanya dikesan dengan jelas setelah muda mini tersebut agak berusia.
Kuda mini ini sering dijadikan haiwan kesayangan, persembahan dan terapi untuk orang kelainan upaya (OKU) dan membantu orang cacat penglihatan sebagai penunjuk jalan. Meskipun penjagaan kuda ini sama seperti kuda biasa dimana penjagaan pemakanan, keadaan kandang, kawasan untuk latihan, penjagaan telapak kaki, gigi, dandanan, vaksinasi dan kawalan parasit perlu diambil perhatian, tetapi terdapat beberapa masalah kesihatan khusus yang perlu dititik berat oleh penjaga kuda mini.
 

Sabtu, 2 Mac 2013

Caseous lymphadenitis (CLA) pada kambing & bebiri

Bebiri dengan tanda klinikal CLA


Tak kenal maka tak tahu tapi bila buat tak tahu habis ternakan anda. Kali ini cerita pasal kawalan jangkitan Corynebacterium pseudotuberculosis, bakteria penyebab CLA.  Rata2 penternak ruminan kecil a.k.a kambing & bebiri pernah lihat kes ni. Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyenaraikan CLA sebagai salah satu penyakit WAJIB LAPOR, maksudnya kes hendaklah dilaporkan kepada JPV berdekatan.  Sebagai penternak yang bertanggungjawab, mencegah penyakit pada ternakan adalah t/jawab bersama penternak & JPV.  JPV mengadakan saringan darah secara berjadual untuk mengesan gerompok ternakan yang positif CLA. Apa yang perlu anda lakukan untuk memastikan gerompok anda selamat?....pertama, singkir segera ternakan yang menunjukkan tanda klinikal iaitu bengkak pada kelenjar limfa. Bengkak selalunya dikesan pada kawasan kepala & leher. Singkir? Sembelih la....jangan jual pada penternak lain, tak bertanggungjawabnya tu. (Pastikan sisa sembelihan dibakar, ia boleh menyebabkan penyakit merebak!).  Boleh makan ke daging sembelihan CLA ni? Boleh jika sebahagian besar daging kelihatan masih elok (buangkan bahagian bisul dengan hati2 , jangan sampai pecah). Alamak.......tak sempat asing bisul dah pecah, camne ni? Emm.....asing jugak ternakan tu daripada yang sihat, rawat luka (hati2, zoonotik, maksudnya boleh berjangkit pada manusia).Then, basmi kuman kandang yang terlibat.Habis, kalau ujian daripada JPV ada yang positif tapi tak nampak pon sesapa antara kambing tu berbisul, camne? Asing yang positif melalui ujian tu, jangan campur dengan gerompok yang negatif. Lagi satu, peralatan kandang pun perlu diasing dan dibasmi kuman. Contoh macam....pemotong kuku. Lecehla..........sebab tu sebelum beli ternakan pastikan sumbernya, kalau tak memang merana.  Tak ada vaksin ke untuk rawat penyakit ini?Oppppps.....tak betul konsep tu bro....vaksin bukan untuk rawat tapi untuk cegah penyakit.  Jadi kambing sesapa yang belum terkena CLA boleh diberi imunisasi walaupun keberkesanannya tidaklah 100%. Vaksinasi seperti GLANVAC6 digunakan untuk mencegah CLA + 5  penyakit disebabkan oleh Clostridia sp, diberi secara tahunan. Bagi anak yang induknya telah divaksin, imunisasi boleh diberi mulai umur 6-8 minggu diikuti vaksinasi tahunan. Bagi ternakan dewasa pada mana-mana peringkat umur dos kedua diberi sebulan setelah dos pertama dan diikuti dos tahunan.(Rujuk JPV terdekat untuk khidmat nasihat).  Kambing fullblood boer niii, body pon mantap, bisul kat leher jer...belah bisul, cuci luka, selesai. Betulllll.....kalau memang bernilai tinggi sungguh ternakan tu, cuma pastikan sisa klinikalnya dibakar, buat rawat tu jauh dari kandang, sebabnya kurang risiko untuk kandang tu dilimpahi kuman penyebab CLA tu. Kerana bila kuman ni dah bermaharajalela dalam kandang & persekitaran & alatan, hanya luka kecil pada ternakan sahaja boleh menyuntik kuman ke dalam sistem peredaran darah mangsa dan seterusnya.CLA berlaku. TAHNIAH!