Jumaat, 5 April 2013

Boer...apa yang istimewanya kamu?


Kambing dari Afrika Selatan ni sangat popular masa  mantan PM Malaysia ke 5, Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara.  Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24 Dis. 2010 melaporkan 'Projek Kambing Boer Nasional' bernilai RM 50 juta sedang dibangunkan di Pondok Tanjung, Perak melibatkan SBBC Corp. Sdn.Bhd, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Projek dibawah RMK-9 ini berkeluasan 770 hektar (Bernama melaporkan 1200 hektar) dan dijangka , menampung 9000 ekor kambing Boer dengan 23 kandang kambing serta mempunyai infrastruktur asas ladang iaitu padang ragut dan jalan ladang. Kerajaan yakin ia mampu membekal daging dan baka kambing boer terbaik. Dua tahun sebelumnya, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan penggunaan teknologi pembiakan paling canggih di dunia membabitkan pakar dari Persatuan Penternak Kambing Boer Afrika Selatan akan dodilaksanakan di Pusat Embrio Haiwan Nasional (NAEC) di Stesen Mardi. Selaras dengan fungsi NAEC sebagai pusat penyimpanan gen, ova, sperma dan embrio ternakan untuk keperluan negara. Tahun yang sama, Advanced Reproductive Biotechnology (ARB)  yang diurus oleh Marditech Corporation Sdn. Bhd mengiklankan pencarian peserta Program Ladang Pengganda Kambing Boer menerusi laman sesawangnya arbmardi.blogspotcom.  Boer yang bermaksud peladang dalam bahasa Belanda mempunyai badan berwarna putih dengan warna perang kecoklatan pada leher dan sebahagian kepala termasuk telinganya yang terjuntai. Warna putih pada dahi dan sepanjang kawasan hidung hingga bukaan hidung.   Kadar pertumbuhan yang pantas iaitu sekitar 8 kg sebulan menghasilkan pejantan seberat 110-135 kg dan induk betina 90-100kg merupakan antara faktor popularitimya meningkat dikalangan usahawan tani. Kawasan seluas 10 ekar mampu memuatkan 60 ekor kambing.Kalau bela lembu, kawasan yang sama cukup untuk 10 ekor je. Selain itu, tempoh bunting yang lebih pendek serta kadar kelahiran kembar yang tinggi membolehkan penggandaan jumlah ternakan yang lebih cepat berbanding lembu. Tambahan pula, harga pasaran daging kambing sangat menarik.

1 ulasan: