Selasa, 12 Mac 2013

Program Kawalan Cacing untuk Kambing




 


Bulu kusut-masai, lemah, pucat. Periksa bila kali terakhir program nyahcacing....memang tak bagi ubat cacing setengah tahun dah.  Kambing ni diternak secara semi intensif, pukul 8 pagi dah turun dari kandang. Kebanyakan ternakan menunjukkan tanda klinikal yang sama. Kenapa kambing sensitif pada cacing? bebiri saya nampak ok jer? Bela dalam kawasan yang sama, makanan lebih kurang sama? Alahaiiiii........sabar jelah melayan, bagus la kira ada inisiatif nak tahu, tapi macam pertikai kredibiliti orang yang ditanya pulak. Pertama-tamanya tuan2 puan2 yang menternak sekelian, tak kira le kambing @ bebiri memang berisiko dapat masalah kecacingan ni. Cuma Allah ta'ala jadikan asalnye si kambing memagut (kepala dongak, makan pucuk2 daun) bukan meragut (kepala tunduk, makan rumput).  Maka secara alaminya, sistem pertahanan badan bebiri direka lebih tahan serangan cacing berbanding kambing.  Satu kes lagi, saya dah bagi sebulan lepas, kena bagi lagi ke? Umur berapa boleh bagi ubat nyahcacing?Berapa banyak nak bagi? Jawapan mudah, baca label sebelum guna. Fullstop.
TAPI sebenarnya kawalan kecacingan lebih dari itu.  Amalan perladangan yang baik dengan mengamalkan kaedah pusingan ragutan yang betul dapat mengawal kecacingan dan meminimumkan pergantungan kepada ubat nyahcacing. Selain itu, dah tau kambing memagut, sediakanlah serba sedikit pohonan untuk 'browsing', anak2 kambing lepas cerai susu janganlah letak dalam kawasan yang  cacingnya bertimbun kan? Lepas tu, rumput ragutan hendaklah lebih daripada 10 cm & janganlah paksa kambing2 tu turun awal sangat. Biar embun dah mulai kering, masa tu larva cacing pun dah tak tahan nak duduk menanti atas bilah2 daun, baru keluarkan kambing2 tuan2. Pemakanan berkhasiat juga penting sebab kalau tak cukup gizi apa penyakit pon mudah kena pada ternakan. Kemudian baru cerita pasal ubat nyahcacing. Sebelum bagi ubat, lebih baik ambil sampel tinja dan hantar ke JPV terdekat untuk tentukan jenis cacing yang ada pada ternakan anda. Kan ada ubat nyahcacing untuk basmi semua jenis cacing? Biasala...kita ni memang suka apa sahaja yang all in one kan? MUDAH tapi boleh membawa PADAH.  Kesan jangka panjang tabiat kita ini boleh membawa kepada kerentanan (resistant)terhadap ubat nyahcacing tersebut, bahasa mudahnya ubat tu hilang keberkesanannya. Jadi, ambil sampel tinja, kenalpasti cacing, pilih ubatan yang sesuai (bincang dengan doktor veterinar anda), puasakan ternakan 24 jam sebelum didos, pastikan dos ubat mengikut berat ternakan. dan follow up keberkesanan ubat cacing tersebut dengan persampelan tinja kali kedua 2 minggu setelah rawatan. Asing dan rawat ternakan yang menyemai cacing ditanah ragutan anda. Bagaimana untuk kenalpasti ternakan tersebut? Ambil persampelan tinja secara berkala!

1 ulasan:

  1. Vaksin kambing yang dihasilkan oleh UPM. Telah dikomersilkan oleh pihak syarikat BAV. Boleh dapatkan info lanjuta di https://sciencepark.upm.edu.my/produk_upm/produk_penternakan-11681

    BalasPadam