Isnin, 25 Februari 2013

Ikan Paling Berbisa di Dunia?

'Reef Stonefish'

Nampak ikan tu? Gambar ini diambil di Underwater World Langkawi. Bahagian sirip atas ikan ini yang terdiri dari 13 duri. Setiap duri mempunyai 2 kantung racun yang boleh menyebabkan kekejangan dan kerosakan tisu hidup. Kesan racun keatas manusia bergantung kepada kedalaman tusukan duri beracun itu.
Racun tersebut terdiri daripada protein termasuk hemolytic stonustoxin, verrucotoxin &cardioleputin. Umumnya, kesan dari sengatan boleh mengakibatkan kerosakan saraf setempat (localized nerve damage) yang kemudiannya membawa kepada pengecilan saiz otot yang dikawal oleh saraf tersebut. Kanak2 berumur 7 tahun ke bawah, orang tua dan mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah boleh mati dalam tempoh 15 minit selepas sengatan. Kesakitan sengatan dikatakan hampir setanding sengatan Scorpion fish & Lionfish. Jika anda mangsanya JANGAN lakukan tourniquet pada kawasan tersebut, sebaliknya celup @ alirkan bahagian yang terkena sengatan dengan air panas bersuhu lebih 45 degree C. Terdapat antivenom untuk sengatan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan