Sabtu, 2 Mac 2013

Caseous lymphadenitis (CLA) pada kambing & bebiri

Bebiri dengan tanda klinikal CLA


Tak kenal maka tak tahu tapi bila buat tak tahu habis ternakan anda. Kali ini cerita pasal kawalan jangkitan Corynebacterium pseudotuberculosis, bakteria penyebab CLA.  Rata2 penternak ruminan kecil a.k.a kambing & bebiri pernah lihat kes ni. Jabatan Perkhidmatan Veterinar menyenaraikan CLA sebagai salah satu penyakit WAJIB LAPOR, maksudnya kes hendaklah dilaporkan kepada JPV berdekatan.  Sebagai penternak yang bertanggungjawab, mencegah penyakit pada ternakan adalah t/jawab bersama penternak & JPV.  JPV mengadakan saringan darah secara berjadual untuk mengesan gerompok ternakan yang positif CLA. Apa yang perlu anda lakukan untuk memastikan gerompok anda selamat?....pertama, singkir segera ternakan yang menunjukkan tanda klinikal iaitu bengkak pada kelenjar limfa. Bengkak selalunya dikesan pada kawasan kepala & leher. Singkir? Sembelih la....jangan jual pada penternak lain, tak bertanggungjawabnya tu. (Pastikan sisa sembelihan dibakar, ia boleh menyebabkan penyakit merebak!).  Boleh makan ke daging sembelihan CLA ni? Boleh jika sebahagian besar daging kelihatan masih elok (buangkan bahagian bisul dengan hati2 , jangan sampai pecah). Alamak.......tak sempat asing bisul dah pecah, camne ni? Emm.....asing jugak ternakan tu daripada yang sihat, rawat luka (hati2, zoonotik, maksudnya boleh berjangkit pada manusia).Then, basmi kuman kandang yang terlibat.Habis, kalau ujian daripada JPV ada yang positif tapi tak nampak pon sesapa antara kambing tu berbisul, camne? Asing yang positif melalui ujian tu, jangan campur dengan gerompok yang negatif. Lagi satu, peralatan kandang pun perlu diasing dan dibasmi kuman. Contoh macam....pemotong kuku. Lecehla..........sebab tu sebelum beli ternakan pastikan sumbernya, kalau tak memang merana.  Tak ada vaksin ke untuk rawat penyakit ini?Oppppps.....tak betul konsep tu bro....vaksin bukan untuk rawat tapi untuk cegah penyakit.  Jadi kambing sesapa yang belum terkena CLA boleh diberi imunisasi walaupun keberkesanannya tidaklah 100%. Vaksinasi seperti GLANVAC6 digunakan untuk mencegah CLA + 5  penyakit disebabkan oleh Clostridia sp, diberi secara tahunan. Bagi anak yang induknya telah divaksin, imunisasi boleh diberi mulai umur 6-8 minggu diikuti vaksinasi tahunan. Bagi ternakan dewasa pada mana-mana peringkat umur dos kedua diberi sebulan setelah dos pertama dan diikuti dos tahunan.(Rujuk JPV terdekat untuk khidmat nasihat).  Kambing fullblood boer niii, body pon mantap, bisul kat leher jer...belah bisul, cuci luka, selesai. Betulllll.....kalau memang bernilai tinggi sungguh ternakan tu, cuma pastikan sisa klinikalnya dibakar, buat rawat tu jauh dari kandang, sebabnya kurang risiko untuk kandang tu dilimpahi kuman penyebab CLA tu. Kerana bila kuman ni dah bermaharajalela dalam kandang & persekitaran & alatan, hanya luka kecil pada ternakan sahaja boleh menyuntik kuman ke dalam sistem peredaran darah mangsa dan seterusnya.CLA berlaku. TAHNIAH!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan