Selasa, 5 Mac 2013

Mari Mengenal 'Miniature Horse'

Istilah kuda (horse) pada umumnya digunakan untuk kuda berketinggian lebih daripada 147 cm. Pony menggambarkan kuda berketinggian kurang dari itu, manakala kuda dibawah 97 cm tinggi dipanggil miniature.  Ia mempunyai corak warna yang pelbagai.Moyangnya adalah poni baka Shetland yang telah dibiak untuk menghasilkan baka kuda mini. Antara komplikasi pembiakbakaan kuda mini adalah 'dwarfism'. Kuda tersebut bukan sahaja bersaiz kecil daripada biasa tetapi mempunyai konformasi tulang belakang, kaki atau rahang mulut yang tidak diingini. Kesannya, kuda mini tersebut tidak dapat berdiri, bergerak secara normal.  kecacatan ini biasanya hanya dikesan dengan jelas setelah muda mini tersebut agak berusia.
Kuda mini ini sering dijadikan haiwan kesayangan, persembahan dan terapi untuk orang kelainan upaya (OKU) dan membantu orang cacat penglihatan sebagai penunjuk jalan. Meskipun penjagaan kuda ini sama seperti kuda biasa dimana penjagaan pemakanan, keadaan kandang, kawasan untuk latihan, penjagaan telapak kaki, gigi, dandanan, vaksinasi dan kawalan parasit perlu diambil perhatian, tetapi terdapat beberapa masalah kesihatan khusus yang perlu dititik berat oleh penjaga kuda mini.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan