Ahad, 24 Februari 2013

Khasiat Buah Kundur

Ash-gourd, winter melon @ wax gourd antara nama lain buah kundur. Kaya dengan vitamin B1 (thiamine), B3 (niacin) & vitamin C. Kandungan kalsium dan potassium juga tinggi. Sesuia untuk menurunkan berat badan kerana mengandungi hampir 96% air. 
Buah kundur @winter melon



Dalam perubatan Ayurveda, buah ini digunakan untuk merawat sakit mental dan saraf seperti sawan, paranoia, and gila. Oleh kerana bersifat alkali, buah ini mempunyai sifat penyejuk & mampu meneutralkan asid perut, ia sering diguna bagi merawat penyakit sistem penghadaman seperti hyperacidity, dyspepsia, & ulser perut. Jus buah kundur juga diguna untuk merawat diabetes.
Buah kundur juga diguna dalam rawatan penyakit sistem pernafasan seperti asthma, dan sistem perkumuhan seperti batu karang.Biji dijadikn ubat nyahcacing,manakala daun buah kundur disapu untuk menghilangkan lebam.Pelebat rambut & rawatan kelemumur daripada abu biji kundur yang dicampur dengan minyak kelapa juga pernah direkodkan.Pendek kata, semua bahagian buah kundur berkhasiat!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan